Monday, November 29, 2010

mari belajar bahasa banjar/ tamil

gamat            perlahan                           mudek           diam
arai               gembira                            butti                penumbuk 
tiring              melihat                             nalama           apa kabar
balalah          bepergian                         nalemi             kabar baik
hanyar           baharu
ampih            berhenti
ikam             kamu
kulaan           sedara
lawang          pintu    
jin               pergi
pengulis        pemalas
takuhiring    tersenyum
anum          muda
ganal          besar
aruh           kenduri

belajar bahasa banjar

cikgu akan ajar yang simple2 dlu ek..yg cikgu biasa gune

kelas 1


beras : baras

pintu : lawang

cakap : bersurah

bertanya : bertakun

kenduri : urang aruh

ngada-ngada : ungah

pandai : pintar

tidur : guring

lampu suluh : suar

lada hitam : sahang

sudu : sesudu

perut : parut

kemas : sesimpon

mulut : muntung

lidah : ilat

leher : gulu

besar : ganal

kecil : haloi

setakat ni dulu kelas kita ye murid-murid.....kalo nak tau pape lagi....boleh la tinggalkan komen...hehe..cikgu akan cuba bagi jawapan...

 

Tuesday, November 23, 2010

cara adjust jam auto

CARA-CARA HENDAK SETTING  'DAY' DAN 'DATE'


langkah 1
SET 'DAY' TERLEBIH DAHULU
1. Tarik crown dan pulas jarum jam ikut arah jam sebanyak 24 jam.
2. Tentukan dan set 'DAY' yg kita hendak..cthnya RABU.
3. Biarkan RABU yg telah diset itu.

Langkah 2
Setelah 'DAY' telah diset, barulah kita set untuk 'DATE'.
1. Tarikh crown dan pulas arah berlawanan dari pukul 12 ke pukul 9 dan kemudian patah balik jarum ke pukul 12.. Ketika jarum sampai ke pukul 12, ' DAY' akan bertukar hari.
2. Seterusnya, diulangi undur ke belakang dan maju ke depan antara pukul 9 dan pukul 12 sehingga kita dapat tarikh yang kita inginkan. TIDAK PERLU DIPUSINGKAN JARUM HINGGA 24 JAM UNTUK TUKAR DATE ( TARIKH ) !!!

Saturday, November 20, 2010

hari-hari yang berlalu

tah kenapa di kesunyian ini aku teringat kembali kepada ibu dan ayah yang telah tiada..suka duka bermain dalam ingatan.
Alhamdulillah, walau tidak cemerlang tapi aku tetap bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui.sederhana dan itulah apa yang sering aku harapkan

Monday, October 18, 2010

jam vintage

Wednesday, 6 October 2010

Tips: Berapakah Umur Jam Tangan Vintage Anda?

"Berapa umur jam tangan kita? Ini soalan yang sentiasa ditanya oleh pengumpul-pengumpul jam tangan vintage dan antik. Ada jenama yang mudah untuk dikenal pasti umurnya namun secara umumnya agak sukar. Bagaimana mengagak umur jam-jam ni?"- thetick-thetick.


Umur Jam Tangan Vintage, Mengapa Sukar Ditentukan?
Ada beribu-ribu jenama dan pengeluar jam tangan wujud sejak terciptanya jam poket dan kemudiannya jam tangan. Sejak dari kurun ke 16 di sekitar tahun 1700! Sebagaimana dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, tahun 1920an merupakan tahun transformasi dari jam poket kepada jam tangan. Model transformasi ini dipanggil 'transition model'. Untuk mengetahui umur jam tangan kita secara tepat memang sukar kerana kebanyakan pengeluar-pengeluar jam tangan tidak menerbitkan (publish) jadual-jadual atau senarai siri pengeluaran jam tangan mereka kepada umum. Kalau ada pun, terlalu sedikit. Artikel ini hanya memfokuskan jam-jam tangan vintage dari tahun 1920an sehinggalah tahun 1970an, bagaimana kita mengenalpasti umurnya.

Nombor Model, Siri, Movement, dan Tahun Pengeluaran
Pembuat-pembuat jam tangan dari Switzerland (Swiss) mempunyai cara mereka sendiri bagi menentukan umur jam-jam keluaran mereka. Secara umumnya pengeluar-pengeluar jam Swiss mempunyai siri-siri model keluaran mereka. Setiap model mempunyai nombor siri (model serial number) bagi menentukan tahun pengeluaran. Sebagai contoh, Patek Philippe menggunakan Reference No bagi setiap barisan model-model keluarannya. Di samping nombor model, nombor siri movement (movement serial number) juga menentukan tahun pengeluaran sesebuah jam tangan. Ini diguna pakai oleh Omega dimana umur keluaran sesuatu jam tangan itu dapat dirujuk pada nombor siri pada movement plate. Rolex, jenama terkenal dari Geneva Switzerland pula menggunakan serial number pada casing (pada lugs) jam tangan bagi mengetahui tahun pengeluarnya. Jam tangan Seiko mulai keluaran tahun 60an sehingga sekarang mempunyai kod nombor siri di caseback yang mudah untuk dikenalpasti tahun pengeluarannya. Bagaimana menentukan umur jam-jam tangan yang lain? Agak sukar untuk mengenalpasti secara tepat jika pengeluar sendiri tidak menerbitkan rujukan-rujukan untuk menunjukkan tahun-tahun dan model keluaran mereka. Namun begitu, kita boleh mengagak umur sesuatu jam vintage dengan melihat pada trend dan gaya (style) pembuatannya.

Omega Vintage, nombor siri pada movement plate (dalam bulatan) menentukan tahun jam tangan dikeluarkan.

Trend dan Gaya
Setiap jam tangan mempunyai rekabentuk (design) dan gaya tersendiri. Ia dipengaruhi oleh trend pada sesuatu masa samada dari segi penggunaan bahan pembuatan jam tangan itu sendiri, dial detailing, bentuk jarum (hand), crown, lugs, dsbg. Trend-trend sentiasa berubah. Sebagai contoh, sejak pertengahan tahun 2000, pengeluar-pengeluar mula beralih kepada jam tangan bersaiz besar melebihi saiz 40mm. Bagaimana pula trend-trend jam vintage? Berikut, trend-trend jam tangan dari tahun 20an sehingga tahun 70an.

1920an
Kebanyakkan jam 1920an mempunyai jarum yang tebal, paten casing yang berukiran (engraved patterns) kasar dan design yang agak unik. Jam-jam tangan era 20an adalah jenis Deco style.

Jam Elgin c1925 - jarum yang besar dan ukiran pada case jam yang agak kasar.

1930an
Tahun 1930an menyaksikan pertukaran gaya dari ukiran kasar kepada lebih halus. Ia masih mengekalkan konsep Deco style sebagaimana di tahun 1920an. Menjelang lewat tahun 1930an, jam tang lelaki lebih masculine. Jam tangan empat segi (tank watches) menjadi fesyen yang banyak dikeluarkan. Ini adalah disebabkan terhasilnya ciptaan movement jam yang berbentuk empat segi pada pertengahan tahun 1930an. Sebelum itu, movement jam berbentuk bulat dan ini menghadkan bentuk rekaan jam.

Jam Elgin c1931 - kekal dengan Deco Style namun lebih nampak 'Suttle'
1940an
Jam tangan tahun 1940an tidak banyak beza dari tahun 1930an. Hanya terdapat beberapa perubahan yang agak simple nampuk kekal masculine. Casing dan dial mula diperhalusi. Begitu juga indeks (atau hour marker) pada jam tangan dicetak lebih kemas. Jam tahun 1940an masih bersaiz kecil seperti di tahun 1920an dan 1930an.


Royce 1940an - masih kekal dengan Deco Style dengan Fancy Lugs. Dial mula diperhalusi.

1950an
Tahun 1950an menyaksikan bentuk jam tangan yang mulai berimejkan gaya menarik (expressive), futuristic, dan berkonsepkan automasi (automation). Tahun 1950an menyaksikan banyak jam tangan automatik mula dipasarkan. Setelah berakhirnya perang dunia ke 2; ekonomi negara-negara di dunia mulai pulih dan berkembang dan teknologi mula dibangunkan semula. Begitu juga dengan pengeluaran jam tangan sekitar tahun 1950an. Jam berbentuk bulat dan empat segi (Tank) walaupun ia menjadi bentuk atau style semasa namun terus melalui perubahan.

Movado Calendar 1950an - menampakkan kelainan, expressive & futuristic.

1960an
Kebanyakkan jam tangan tahun 60an berbentuk bulat. Rekabentuk dan stylenya boleh dikatakan agak moden dan menarik. 1960an menyaksikan saiz jam yang agak besar dari dekad-dekad sebelumnya. Jarumnya lebih halus dan mula menggunakan bahan luminous untuk membaca waktu pada waktu malam. Point penunjuk pada jarum mula diperhalusi, begitu juga dengan indeks pada dial bagi menunjukkan ketepatan masa. Dial jam tangan menjadi fokus utama dan menjadi lebih besar sementara watch case diperkukuhkan. Lugs pada jam tahun 1960an lebih pendek sementara crown semakin tebal disebabkan penggunakan water-proof gasket pada dalam crown. Secara keseluruhan, trend 1960an mula menampakkan titik perubahan yang agak radikal sebagaimana berlaku dipenghujung tahun 1960an.

Universal Geneva Calendar 1960an - bezakan dengan Movado 1950an. Casing yang lebih symmetrical, begitu juga dial, hands arrangement, dan crown yang lebih tebal.

1970an
Tak perlu diperincikan. Lihat saja pada gambar di bawah. Ia menceritakan suasana budaya ketika era 70an. Segalanya radikal dengan kepelbagaian fesyen rambut seperti 'afro-look', seluar panjang 'bell-bottom', kacamata yang besar, begitu juga jam tangan. Jam tangan 1970an mudah dikenalpasti kerana trendnya yang terlalu banyak berbeza berbanding 1960an seperti saiz yang agak besar, dial yang lebih symetrical dan indeks yang menarik, bentuk yang pelbagai dan unik, jarum yang masculine dan sporty, tali besi, crystal jam diperbuat dari kaca dan tebal, kombinasi warna-warni, sporty, rugged, ... sesuai dengan budaya ketika itu. Yang pastinya jam tangan tahun 1970an lebih berat!!!

Omega Seamaster Chronograph 1970an - sporty, colorful, rugged, but...heavy!

"Jenama Seiko mula menarik perhatian pasaran dunia di penghujung 1960an dan menerajui pasaran dan trend jam sports pada tahun 1970an. Kerana itu pengumpul-pengumpul jam tangan vintage sport di negara barat memang meminati dan ingin memiliki Seiko sebagai sebahagian dari koleksi mereka" ....nantikan tips-tips seterusnya.

Wednesday, 29 September 2010

Tips: Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik

"Tipah tertipu! Itulah pengalaman. Pengalaman yang mengajar aku apabila membeli jam-jam vintage mahupun antik. Pernah dulu aku beli vintage Rolex. Hisshhh, mahal pulak tuh. Harga US dollar, kene aku. Enjen dia enjen Rusia, complete vintage stamp Rolex, rupanya vintage celup. Ada sekali dua tu pulak terbeli jam rojak. Spesis yang ni banyak di pasaran ‘flea market’ dan Internet. Kekadang tu taukeh yang jual pun tak tau jam tu jam rojak. Yang paling menyedihkan, bila beli tak sampai sebulan pakai dah ‘kong’ - spare part takde babe! "- thetick-thetick.


Jam Vintage, Antik, dan New Old Stock
Jam vintage atau jam antik mempunyai tanggapan yang hampir sama. Tetapi tidak serupa dari segi 'age group' dan nilai. Mungkin pada sebilangan peminat dan pengumpul jam-jam lama berumur 40 hingga 50 tahun dikategorikan sebagai vintage dan 50 tahun ke atas pula dikira sebagai jam antik. Kalau diikut kategori seperti ini, jam era 80an boleh dikira hanya jam lama. New Old Stock atau NOS, adalah jam stok lama yang masih dikira baru kerana belum terjual. Jarang sekali ada jam antik yang NOS. Vintage, memang ada walau bagaimapun tidak banyak terdapat di pasaran.

Daripada zaman 'transition' di sekitar awal 1920an di mana jam poket menjadi jam tangan sehinggalah ke penghujung 1970an, jam antik dan vintage boleh dibezakan dari segi saiz, rekabentuk casing, dial, crown, strap, dan movement yang digunakan. Setiap ‘trend’ menggambarkan zaman atau tahun (umur) jam-jam tersebut. Secara umum kita akan dapati trend jam tangan dari 1920an hingga 1940an bersaiz agak kecil dan casingnya agak unik seperti art deco watch, punyai sub-second, squarish, dan menggunakan winding-movement ataupun jam kunci. Majoriti menggunakan strap atau tali kulit.

1950an merupakan permulaan trend jam tangan 'instrument' dengan saiz yang agak besar (sekitar 38mm hingga 40mm) seperti 3-register chronograph, diver, full-calendar, dsbg. 1960an merupakan peralihan cermin jam (crystal) dari bahan acrylic (plastik) ke bahan kaca. 1970an merupakan era jam tahan lasak, strap besi, bersaiz besar, 'retro', dan menggunakan kaca keras (hardened mineral glass). Teknologi dan material jam tidak banyak bezanya dari 1920an sehinggalah pertengahan 1960an di mana bermulanya era elektronic, electro-mechanical, dan seterusnya quartz yang diterajui oleh Seiko ketika itu. Pengetahuan mengenai perkara ini asas penting dalam membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli jam tangan vintage atau antik.

Di Mana Kita Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik?
Internet merupakan satu ruang niaga secara maya yang banyak membantu penjual-penjual jam baru, 'second-hand', vintage, dan antik untuk menjual barangan mereka. Ia juga adalah 'venue' yang memudahkan pembeli membuat pilihan dan berinteraksi secara terus dengan penjual untuk membuat pembelian. Di beberapa tempat, ada 'flea market' atau 'pasar lambak' yang menjadi tempat di mana peniaga-peniaga jam vintage dan antik menjual barangan mereka. Di P. Pinang ada 'Road Walk', di Melaka ada 'Jonkers Street', di Ipoh ada 'Open Market', di Jalan Sultan KL ada 'Pasar Karat' dan di PJ ada Amcorp Mall Flea Market. Ada pula yang menjualnya di kedai. Namun tidak ada kedai khas yang menjual hanya jam vintage dan antik untuk pengemar dan collector kerana bilangannya agak semakin berkurangan. Kerana itu, jika di Internet ada jenis-jenis yang mudah dijual dalam jangkamasa singkat.

Bergantung kepada pengalaman seseorang penggemar dan collector, membeli jam-jam vintage atau antik memerlukan beberapa penelitian sebelum membuat pembelian. Begitu juga penjual, mereka juga perlu mengetahui banyak perkara mengenai jam-jam vintage dan antik. Pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun membolehkan seseorang pembeli mendapat nilai terbaik dari sesebuah jam vintage mahupun antik. Begitu juga penjual, mampu menjual pada harga yang baik dan menarik apabila memberikan butir-butir yang boleh meyakinkan pembeli mengenai jam yang dijual.

Tips Umum (General Tips) Untuk Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik
Seperti pembuka kata di atas, membeli jam vintage dan antik memerlukan pengalaman dan pengetahuan. Banyak yang perlu dipelajari. Bukan setakat menilai dan menawar harga, banyak perlu diketahui dan ia bergantung kepada pengalaman seseorang pembeli terutamanya peminat dan pengumpul jam-jam vintage mahupun antik. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman atau tips untuk dikongsi bersama. Ia berdasarkan pengalaman saya selama hampir 10 tahun meminati, membeli, dan mengumpul jam vintage dan antik. Saya senaraikan mengikut keutamaan seperti di bawah.

1. Jenis-jenis Jam Tangan dan ‘Trend’
Kita perlu mengetahui jenis-jenis jam tangan dan trend sesuatu zaman di mana jam-jam vintage dan antik itu terdapat di pasaran. Secara umum, kita ketahui jam diver yang mempunyai scuba bezel hanya wujud di awal 1960an sejak terciptanya Rolex Submariner di penghujung 50an. Jika ada jam diver mempunyai bezel dikatakan jam tahun 1940an, apa yang anda fikir? Begitu juga jam chronograph automatik yang dikatakan jam tahun 1950an. Jam chronograph automatik hanya mula dipasarkan sekitar 1960an, sebelum itu cuma hand-winding ataupun jam kunci. Begitu juga counter atau register jam chronograph. Jam chronograph 3 register hanya wujud di penghujung 1950an/awal 196oan. Ini adalah pengetahuan asas yang boleh memberikan kita panduan mengenai sesebuah jam vintage dan antik.

2. ‘Brand Familiarity’ dan ‘Watches Signature’
Terdapat ribuan jenama atau brand dari Switzerland atau Swiss. Ada juga Swiss brand yang di’localised’ di Hong Kong, dan ramai tahu tentang Seiko, Orient, dan Citizen dari Jepun. Begitu juga HMT India yang merupakan usahasama dengan Citizen Jepun. Setiap jam tangan mempunyai 'signature' nya sendiri. Signature-signature ini boleh kita lihat di setiap model keluaran jenama-jenama tersebut. Sebagai contoh, jam tangan Omega 1950an ke atas mempunya logo Omega pada crown jam, logo kuda laut untuk jam Seamaster di penutup jam, begitu juga logo 'Observatory' untuk model Constellation dan buckle tali jam mempunyai logo berbentuk Omega. Jam chronograph Omega 'Broad Arrow' menggunakan jarum penunjuk 'waktu jam' yang unik seperti anak panah yang besar. Begitu juga clasp buckle yang turut mempunyai signature Omega. Serial number jam Omega juga dirujuk pada enjinnya yang mempunyai siri sebanyak 7 hingga 8 digit. Nombor siri jam pada enjin jam Omega boleh memberitahu kita tahun jam tersebut dikeluarkan. Nombor model dan bahan case dipaparkan di dalam penutup jam. Setiap jam tangan seperti Omega mempunyai signaturenya sendiri. Begitu juga jenama-jenama 'top' yang lain seperti Rolex, Audemars Piguet, Breguet, Patek Philippe, Blancpain, Cartier, dsbg. Nombor siri dan nombor model Rolex hanya terdapat di bahagian casing di antara dua lugs jam. Tidak terkecuali, jam Seiko, Citizen dan Orient. Jam Seiko akan memaparkan (printed) nombor movement dan model di atas dial jam dan di atas penutup jam. Sekiranya terdapat percanggahan dari segi 'standard signature' jam-jam tangan ini, ia memungkinkan jam tersebut adalah 'fake vintage' ataupun 'jam rojak'. Banyak terdapat jam vintage Seiko Bellmatic dan chronograph yang dirojakkan. Ini berlaku apabila spare part semakin pupus dan jam-jam mula dirojakkan. Tahap pengetahuan atau 'familarity' ini bergantung kepada minat kita terhadap sesuatu jenama. Jika seseorang meminati jam tangan vintage berjenama Seiko, mendalami pengetahuan mengenai model, signature, movement, dan trend akan banyak membantu anda membuat penilaian.

3. ‘Watches Material’ dan ‘Watches Movement’
Jam tangan sport tahun 70an kebanyakkannya menggunakan 'hardened mineral glass'. Jika terdapat cermin jam sport 70an yang menggunakan acrylic, besar kemungkinan ia diganti dan ini menjadikannya jam rojak. Begitu juga enjin jam. Ini bukan sesuatu yang mudah. Jam calendar watch jenama Tudor misalnya menggunakan enjin ETA dan AS (bergantung kepada model dan tahun). Ada signature Tudor di winding rotor dan watch plate. Jika signature ini tiada, kemungkinan enjin lain dipasang pada jam tersebut. Begitu juga jam-jam lain yang menggunakan enjin ETA, AS, Lehmania, Venus, dan Valjoux. Mengenali jenis-jenis enjin yang dipakai oleh jenama-jenama jam terutamanya yang berharga mahal adalah perlu bagi mengelakkan kita tertipu. Ini memerlukan minat yang tinggi. Jika kita tidak pasti, dapatkan nasihat dari pengumpul dan peminat yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai movement jenama-jenama tertentu. Seiko, jenama terkenal dari Jepun adalah pengeluar yang paling banyak mengeluarkan enjin-enjin jam. Di sebabkan standard yang digunakan pada dial jam-jam tangannya, jam Seiko vintage mudah 'dirojakkan' dan mengunakan enjin-enjin yang lain dari model sebenarnya. Ada terdapat jam diver 6309 yang menggunakan enjin 7002. Banyak pula model chronograph 6139 yang menggunakan dial dan penutup jam yang berlain dari model yang sepatutnya.

4. Memeriksa Kondisi Jam Tangan
Agak mustahil untuk memeriksa keadaan fizikal sesuatu jam tangan jika anda membelinya di Internet. Keadaan fizikal atau condition sesuatu jam tangan itu bergantung kepada penjual itu sendiri. Kita hanya bole memeriksa keadaan jam tersebut setelah kita membayar dan menerima hantaran. Jika kita membeli di Kedai mana jam tangan berada di tangan kita, penilaian boleh dibuat seperti berikut:

Cara 1: Jam automatic atau kunci. Kunci crown jam (winding) dan cuba dengar (dekatkan dengan telinga) bunyi train wheels yang memacu barrel jam. Seharusnya ia berbunyi agak konsisten dan perjalanan gear tidak tersekat-sekat ketika jam dikunci. Jika tersekat-sekat, kemungkinan salah satu jejari gear pada train wheel patah atau haus. Ini menyebabkan penguncian kuasa jam bermasalah. Jika jam kunci, apabila dikunci penuh kita akan rasakan seperti spring atau anjal pada pergerakan crown. Jika dikunci penuh dan crown berbunyi tik tanpa keanjalan ini bermakna sistem pengunci tidak berfungsi pada keadaan sepatutnya. Keanjalan yang terdapat pada sistem winding adalah untuk mengelakkan crown stem dan barrel winder rosak dan patah. Kebanyakkan jam automatik Swiss boleh dikunci. Jika jam mati dan dikunci beberapa pusingan, seharusnya jarum saat akan mula bergerak. Fungsi ini tidak terdapat pada jam automatik Jepun. Cukup dengan menggoyang, jam automatik Jepun akan berfungsi.

Cara 2: Lihat pergerakkan jarum saat. Pastikan jarum bergerak secara konsisten dan boleh bertahan selama beberapa minit. Jika jarum saat terhenti pada jangkamasa yang agak pendek, ulang langkah 1. Jika hasilnya sama, ada beberapa kemungkinan seperti (1) centre wheel atau second wheel sudah rosak, (2) transmission wheel tersangkut disebabkan oleh friction, (3) barrel jam stuck dan (4) besar juga kemungkinan escape mechanisme jam tidak berfungsi dengan baik.

Cara 3: Pusingkan crown untuk tempoh kiraan 24 jam mengikut pusingan jam (clockwise). Pastikan setiap kiraan 1 jam - jarum jam dan jarum minit berada pada indeks yang betul. Jika jam berkalendar, pastikan tarikh kalendar bertukar di antara indeks jam 10 hingga 12 (waktu petunjuk malam) dan terpapar betul-betul di tengah date window. Jika kedudukan calendar disk lari dari date window atau apperture ia disebabkan oleh calendar gear dan strike pin yang sudah rosak. Begitu juga untuk konfigurasi day-date.

Cara 4: Buka penutup jam dan lihat keadaan enjin jam. Apabila jam berfungsi, lihat pergerakkan balance wheel. Pastikan ia bergerak stabil pada posisi mendatar (jam terbalik, letak di atas permukaan rata). Jika balance wheel bergerak agak terkeluar dari paksi bulatan, kemungkinan besar hari spring pada balance wheel sudah bengkok ataupun rosak. Kerosakan pada balance wheel menyebabkan jam sukar untuk di'tune' bagi mendapatkan ketepatan perjalan masa.

Cara 5: Lihat pada regulator atau tuner. Jika jam Swiss, ada sebahagian bridge yang memegang gear-gearnya terukir ‘F’ untuk Fast dan ‘S’ untuk Slow. Ada jarum penghubung dan penanda (regulator marker) yang menunjukkan kelajuan balance wheel. Jika penanda menunjukkan hampir pada ’F’ pada indeks maksimum ia bermakna timing jam sudah sampai ke kemuncak dan ini memberi isyarat yang enjin tersebut perlu diservis atau 'overhaul'. Ini sering terjadi pada jam-jam yang sudah bertahun tidak diservis di tune sehingga maksimum untuk menunjukkan masa yang tetap. Jika S, keadaan di sebaliknya. Samada S dan F, + atau -, regulator ini menunjukkan tahap kemampuannya untuk ditunekan. Regulator yang baik, penandanya berada hampir di tengah antara S dan F atau + dan -.

Cara 6: Jika jam automatik, ia mempunyai rotor plate. Gerakkan jam (keadaan mendatar) dan lihat pergerakkan rotor plate, jika ia tersekat-sekat, kemungkinan berlaku kehausan atau terdapat karat pada roller-ball atau ball bearing pada winding mechanisme. Gerakkan jam dalam keadaan menegak dan pastikan rotor plate tidak bergerak ke atas dan ke bawah. Jika berlaku, kemungkinan terdapat gear pada winding mechanisme yang sudah longgar. Ini boleh menyebabkan transmisi penguncian (winding) tidak sampai pada barrel jam. Keadaan ini menyebabkan penguncian yang tidak maksimum maka kuasa simpanan jam tidak optimum.

Pastikan rotor plate, winding mechanisme, dan balance wheel stabil.

Cara 7: Jika jam chronograph, pastikan 'interval-start-stop pusher' dan 'reset pusher' berfungsi apabila ditekan. Pastikan setiap pergerakan 60 saat, jarum perakam minit bergerak ke indeks yang sepatutnya apabila jarum saat tepat kepada ‘0’ atau pada ‘12’. Apabila start-stop pusher ditekan, pastikan semua jarum perakam chronograph terhenti. Tekan semula untuk membuat kiraan interval dan pastikan jarum chronograph bergerak secara spontan. Jika lambat, ada kemungkinan terdapat kerosakan pada chronograph stock dan gear stopper. Tekan rest pusher, secara spontan semua jarum chronograph mesti berada pada indeks ’o’ pada setiap register samada 30/45 minit, 12 jam, dan 60saat. Jika kedudukan jarum lari dari indeks yang sepatutnya setelah berulang kali pusher ditekan, kemungkinan besar clutch dan 'lever setting mechanisme' untuk reset sudah rosak.

Cara 8: Jika jam diver atau scuba yang mempunyai outer bezel. Pusing bezel mengikut pusingan jam dan pastikan pergerakkannya lancar. Jika tersekat, ada kemungkinan ball-bearing, getah (bezel rubbber inset hanya pada jam Jepun), dan holding wire rosak. Ada juga kemungkinan terdapat keladak atau kotoran disebabkan oleh karat pada gigi bezel.

Kombinasikan cara-cara di atas apabila memeriksa jam secara fizikal. Ia bergantung kepada jenis-jenis jam tangan. Dalam pada kita memeriksa secara fizikal, adalah disarankan kita observe timing pada jam tangan tersebut dengan memakainya sekurang-kurangnya dalam tempuh 6 jam. Synchronize dengan jam quartz dan bandingkan. Jika timing pada jam vintage itu cepat atau perlahan dari jam quartz yang agak tepat, ini bermakna sesuatu harus dilakukan pada mekanisma jam tangan tersebut.

”Selamat mencuba! Kalau beli jam kat flea market, sure taukeh jam tu ada case opener. Suruh dia bukak. Make sure rotor plate, winding mechanisme, dan balance wheel dia okey. Nak tau enjin tu ori ke rojak, kene banyak belajar la babe. Pasal wa pun selalu gak terkena. Sama tapi tak serupa, apa bole buat. Janji rock....nantikan tips-tips seterusnya. 

quart

Thursday, 15 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3

"Jam tangan Seiko Kinetik dengan Citizen Eco-Drive ada kesamaan tak? Jawapannya sama, tapi tak serupa. Macam mana tuh? Sesungguhnya gergasi pengeluar jam dari negara matahari terbit ini banyak memodenkan industri pembuatan jam di dunia". Pendapat aku.

Jam Tangan Electric dan Electro-Mechanical

Pada tahun 1952, Fred Lip, pengeluar jam dari Perancis telah mencipta prototype untuk jam berkuasa bateri. Bekerjasama dengan Elgin Company USA, Lip telah cuba untuk mengeluarkan jam electric namun hanya berberapa sahaja berjaya dikeluarkan. Asalnya, jam electronic yang menggunakan “transistorized circuit” telah dicipta oleh jurutera Switzerland yang bernama Max Hazel. Namun kerana tiada sokongan di Switzerland, beliau telah bekerjasama dengan Bulova USA. Maka terhasillah jam “Tuning Fork” yang pernah mendapat sambutan di tahun 70an. Jam tersebut menggabungkan operasi electric dan mekanikal atau “Electro-mechanical”. Setelah Bulova, Citizen, Seiko dan Rolex juga mengeluarkan electro-mechanical movement mereka sendiri. Bulova amat terkenal dengan model “Accutron”, Citizen dengan “Cosmotron” dan yang paling dicari oleh pengumpul jam Rolex adalah model "Rolex Oysterquartz".

Jama electro-mechanical ini menggunakan bateri sebagai sumber kuasa yang menggerakkan “oscillator” atau “balance wheel”. Ia menggantikan barrel pada jam mekanikal. Seterusnya, dari oscillator, train-wheel akan memacu pergerakkan gear saat, minit, jam, dan haribulan. Berbeza dengan balance wheel, model Bulova Accutron menggunakan tuning fork yang mengguna prinsip yang sama, Cuma bentuknya bukan bulat seperti balance wheel tetapi 2 batang besi berbentuk seperti garpu (fork) yang bertentangan akan berpusing mengikut “charge” negatif dan positif dari arus elektrik yang disalurkan dari batteri. Pergerakkan tuning fork dan balance wheel inilah yang mentransmisikan pergerakkan jam.

Berbeza. Citizen menggunakan balance wheel sementara Bulova (gambar kecil) menggunakan “tuning fork”.

Rolex Oysterquartz, jam yang sukar diperolehi.
Perjalanan jarumnya seperti jam quartz dikenali sebagai“dead-beat second”.

Jam Tangan Electric dan Kawalan Radio
Di awal tahun 80an, sebuah firma German – Junghans telah mencipta “radio controlled clock” yang beroperasi dengan transmisi “time signal” dari pemancar radio yang terletak di Rugby, England, Fort Collins di Colorado USA, Nagasaki di Jepun dan Frankfurt di German. Signal yang di hantar dari pemancar radio ke jam-tangan mengikut frekuensi tertentu membolehkan waktu pada jam tangan dikawal mengikut kiraan masa, haribulan, dan juga tahun lompat. “Receiver” atau penerima di dalam jam menerima signal dan diaktivasikan setiap jam. Jam Junghans menggunakan penunjuk masa analog dan digital.

Junghans dari negara German, pelopor jam kawalan radio.

Jam Tangan Electric dan Quartz
Pada awal kewujudan jam electric, beberapa pengeluar jam di Switzerland telah bersatu untuk mengeluarkan dana untuk “Research & Development” bagi membina “Quartz Oscillator”. “The Centre for Electric Horology” yang berpengkalan di Neufchatel telah mengeluarkan enjin jam quartz yang pertama dipanggil “Beta I”. Ia memenangi tempat pertama di pertandingan yang dianjurkan pusat tersebut sementara Seiko - pengeluar dari Jepun mendapat tempat kedua. Seiko bukanlah asing dalam bidang “horology technology”. Setelah mengeluarkan beberapa alat “quartz chronometer” di sukan Olimpik 1964, Seiko tampil dengan jam tangan “quartz” pertama dunia yang dinamakan “Seiko Astron” pada tahun 1968. Hasil penciptaan Seiko, banyak pengeluar mengeluarkan jam tangan quartz sehinggalah ke hari ini.

Seperti jam mekanikal, jam quartz mempunyai sumber kuasa, “regulator”, dan sistem penunjuk masa sama ada analog ataupun digital. Sumber kuasanya adalah bateri dan arusnya disalurkan ke “integrated circuit” yang di dalamnya terdapat “quartz oscillator”. Kemudian regulator yang menerima getaran dari quartz oscillator mengeluarkan “impulse” untuk menggerakkan jam melalui penggunaan gear atau wheels yang minimum. Gear atau wheels ini juga mempunyai jewels! (1 hingga 11 jewels). Oscillator jam quartz diperbuat dari “peizoelectric quartz crystal” yang dipotong menggunakan laser (laser cut) mengikut saiz tertentu bagi mengeluarkan frekuensi pada 32,768Hz apabila dicaj arus elektrik. “Stepping motor” yang diintegrasikan pada oscillator seterusnya mengubah frekuensi kepada impulse yang memacu pergerakan jam. Bateri jam yang digunakan sekarang adalah dari jenis “silver oxide” ataupun jenis “lithium” yang tahan lebih lama.

Seiko Astron, dilancarkan tahun 1968. Jam tangan quartz pertama di dunia.

Kebanyakkan jam SWISS seperti TAG Heuer, Omega, Tissot, dan Longines jenis model quartz menggunakan engine ETA.

Jam Tangan Digital Display
Ketika negara barat berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan, program-program pembangunan kapal angkasa telah mencipta “electronic console” untuk panduan pengendalian penerbangan. Tercipta juga mesin kira atau “calculator” yang menggunakan “electronic display” yang menggunakan “diod” yang memaparkan nombor secara secara electronic. Pada awal 70an, pemapar “liquid crystal display atau LCD” telah tercipta dan setelah itu saiz pemapar digital ini semakin diperkecil. Disamping kemajuan “integrated circuit atau IC” yang juga ikut mengecil (miniaturized), mesin kira turut menjadi kecil. Kedua-dua teknologi ini telah digabungkan oleh Citizen untuk membuat jam meja LCD pertama di dunia. Kemudian, teknologi LCD digunakan pula untuk jam tangan Citizen. Teknologi ini semakin berkembang, canggih, dan memenuhi pasaran di serata dunia sehingga kini.

Jam digital menggunakan bateri sebagai sumber kuasa, IC yang diprogramkan, “electronic regulator”, dan pemapar (display) waktu. Di bawah LCD yang kelihatan lutsinar atau “crystalized clear”, terdapat electro-plate yang mana apabila disalurkan arus elektrik akan menyebabkannya bertukar warna kepada “dark chrome”. Jika dinyah-arus, ia kembali kepada keadaan lutsinar. Asas ini membentuk paparan nombor-nombor digital pada jam bagi menunjukkan catatan waktu contohnya 10:35:45 am (jam 10 tiga puluh lima dan 45 saat, pagi. Electronic regulator yang memacu kiraan masa adalah dari IC yang diprogramkan untuk yang mengawal sejumlah electro-plate yang memaparkan nombor atau karaktor di bawad panel LCD.

Kini, jam tangan digital display semakin canggih dan mempunyai pelbagai fungsi selain dari menunjukkan masa dan haribulan. Ada fungsi chronograph/stop-watch, timer, worldtime, altitude, barometer, temperature, GPS (global positioning system), dan macam-macam lagi fungsi yang dipandu oleh penggunaan program electronic seperti komputer.

Jam tangan digital display. Paparan LCD dan penunjuk masa – simple!

Jam Tangan Kinetik
Seiko bukanlah pengeluar teknologi jam yang baru. Seiko dikagumi oleh pengeluar jam tangan Swiss kerana teknologi engine jamnya yang pelbagai dan berketepatan tinggi. Contohnya, engine Seiko Chronograph automatiknya adalah yang pertama menggunakan “column wheel” yang mana kini menjadi ikutan pembuat “chronograph movement” dari Switzerland. Begitu juga dengan engine Seiko “Hi-Beat 36000” yang kebanyakkannya digunakan untuk model elit “Grand Seiko” atau “King Seiko”. Ia adalah satu daripada dua engine yang mempunyai getaran atau “beat” balance wheel pada tahap 36,000vph (vibration per hour) atau bph (beat per hour). Yang satu lagi adalah engine Zenith “El-Primero”. Sehingga kini, tiada engine jam lain yang dapat menandingi kedua-dua engine ini.

Setelah mencipta jam tangan quartz, Seiko telah membangunkan semula teknologi electro-mechanical dengan menggabungkan komponen jam quartz dengan mekanikal. Maka lahirlah jam tangan “Kinetic”. Movement jam kinetic tidak seperti jam automatik. Seperti jam quartz, ia menggunakan bateri. Dua bateri, satu “primary battery” dan satu lagi “secondary battery”. Cuma, penjanaan kuasa datang dari rotor yang menggunakan konsep sama dengan jam automatik. Rotor yang diintegrasikan dengan alatan electronic yang bersifat seperti “dynamo” akan mengecaj (charging) “secondary battery" yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan tenaga electric. Seterusnya, tenaga tersebut disalurkan kepada “primary battery” yang memacu pergerakan jam melalui “integrated circuit” yang sama seperti jam quartz. Ini adalah versi pertama “Seiko Kinetic”, kini (sejak penghujung 2008) versi terbaru engine kinetic cuma menggunakan satu bateri jenis “lithium” yang menerima caj dari rotor dan terus memacu pergerakkan jam. Teknologi ini dipanggil “Direct-Drive”. Jam “Kinetic Direct-Drive” boleh dikunci (guna Crown) untuk menambah semula kuasa pacuan jam. Ia juga membolehkan pemakai mengetahui jumlah kuasa simpanan jam (Power Reserve) melalui kaunter petunjuk kuasa.

Seiko Kinetik movement. Gabungan teknologi electronic dan mekanikal.

Jam Tangan Kuasa Cahaya (Light-powered)
Selain Seiko, Citizen adalah pengeluar jam dari negara matahari terbit yang tidak kurang hebatnya dari segi penciptaan teknologi horology. Di era 70a, engine chronograph Citizen mempunyai getaran pada 6v/bps (vibration/beat per second) atau 21,600v/bph. Lebih tinggi dari engine Seiko Chronograph 6139/6138 yang hanya pada 5v/bps ata 18,000v/bph. Selepas menghasilkan engine electro-mechanical “Cosmotron” yang menyaingi kehebatan Bulova “Accutron”, Citizen mengorak langkah dengan menkaji dan membangunkan jam electric.

Citizen mengambil pendekatan berbeza. Jika Seiko menggunakan alatan mekanikal untuk mengecaj bateri bagi memacu pergerakkan jam, Citizen menggunakan tenaga cahaya. Samada cahaya matahari atau cahaya lampu, ia mampu menjana tenaga jam tangan dengan menggunakan “electro photo cell” yang terletak di bawah dial jam tangan. Electro photo cell mampu menyerap dan mengumpul tenaga dari cahaya (negative & positive charge). Untuk memudahkan cahaya menembusi dial, Citizen telah menggunakan teknologi pembuatan"ceramic" yang canggih dimana ia mampu ditembusi cahaya! Hebat! Tenaga yang diserap oleh electro photo cell seterusnya di alirkan ke dalam bateri yang diperbuat dari bahan lithium yang bertindak sebagai “resevoir” yang menyimpan dan membekal kuasa untuk memacu pergerakan jam seperti jam quartz.


Eco-Drive. Guna cahaya untuk membentuk tenaga jam tangan. Mengurangkan penggunaan bateri yang boleh mencemarkan alam sekitar (ecology).

"Teknologi jam dan rekabentuk semakin canggih, poket aku jeh yang tak canggih-canggih... beli jam vintage je lah. Kalau takde teknologi yang lama, mana nak ada yang baru! He he he ...". kata hati ku.

Monday, 23 November 2009

Exploring Horology Part I

Every single watch or clock dial starts with a marker - a point where the counter starts. Be it Roman ‘XII’, Arabic ‘12’, logo, or any kind of markers set for measuring time (chronometer). I have problem with this. Where to pin a marker to start my blog writing!?

Horology, what? I believe many watch enthusiasts do not know what it means. From wikipedia: Horology (from Greek ώρα, "hour, time"; and λόγος, logos, "study, speech"; lit. the study of time) is the art or science of measuring time. Clocks, watches, clockwork, sundials, clepsydras, timers, time recorders and marine chronometers are all examples of instruments used to measure time. I am not a horology doctorate to elaborate this terminology. Precisely it should be enough for watch enthusiast like me (may be you too) to understand!

Not everyone can remember their first time telling gadget! I still remember. I got one when I was 10 years old, not as a birthday gift from my beloved father (late father, May God bless him) but something I need because most of my friend has it. I pester him to buy! I grow up in a lower-middle income group in Kuala Lumpur (KL), the capital city of Malaysia. For ordinary family like us living in KL in the 70s, Chow Kit is the best place to shop. That is where I got my first watch. The watch shop still exists - near to the pedestrians crossing bridge same row with the Bata shop. My father bought me a Citizen Digital Quartz watch. I can’t remember exactly how it looks like but similar model is still available in the market today. It comes with LCD (liquid crystal display); digital number to tell time, day and date; and two or three integrated push buttons around the watch case. The most interesting feature was that it produces digital alarm… tit-tit, tit-tit, tit-tit!
The 70s marked the era of quartz watches driven by the Japanese watch companies. The advent starts after Seiko invented the first quartz wristwatch named the Seiko-Astron (circa 1969). Through out my school years, I own several quartz watches mostly the dominant Japanese brands – Seiko, Citizen, Adec, Orient, and Casio. These are digital and analog quartz watches and they are cheap watches that I can afford to have.

As I pursue my tertiary education, I got extra spending power with some part time job and scholarship. I bought my first Swiss Made watch – a Zodiac quartz watch that cost me a couple of hundred (almost RM700.00). I still have the photo, but not the watch anymore. After several years, I sell it to Cash Converter. I turn it into cash to buy another watch. What I learn from having this Swiss quartz time piece is the impetus for me to learn more about watches! Hence, bring me into the true horological world.

At one time, my Zodiac runs slow. It does not tell the time accurately. Then I find out from one of the watch repairer that it needs new battery (as quartz watch powered by battery). OK, let it replaced. Surprisingly, not even a year after the battery replaced the watch shows inaccurate timing with inconsistent move on the second hand (watch hands). I went to another shop and the watch repairer told me that Swiss quartz watch use Swiss battery! The one replaced earlier was a Japanese made battery. No wonder (lesson learned!). The watch was then replaced with a new Swiss standard ‘Renata’ battery.

Left: The Blue Zodiac is a "twin-design" to Tag Heuer Formula 1. Right: The famous Citizen Digi-Ana Combo Chronograph.

I have other quartz watches with me and the Zodiac strap on my wrist as my alternate sport watch. I have Citizen “digi-ana combo” (famous in the late 80s) which I use more frequent. After sometime I found that my Zodiac didn’t move at all! Must be the battery dry-out! I took the watch to another watch repairer. This time I learn a costly lesson. The battery run-out for more than a year and it was never taken out from the watch. The cell battery acid was discharged and affecting the circuit in the quartz movement (movement, many call it engine!). As a result, I was proposed to change the watch movement with a new one! With workmanship charges, it cost me around RM80. Another question! Why the Swiss quartz watch so expensive but the movement so cheap? The watch repairer told me that most of the Swiss made quartz watches are using ETA movement. The ETA movement is common to Swiss made quartz watches and watch price depends on the brand popularity.

Lastly, I decided to sell my Zodiac for cash so I could buy another watch. At time when I make my offer to sell at Cash Converter outlet I learn the most valuable lesson - the value of a watch. My offer comes complete with box, additional bracelet, papers, and certificate of purchase. The purchase value was less than RM200 although it was well maintained, cleaned, and show accurate time-keeping. “Sir, although yours is a Swiss made branded watch, it is a quartz watch and quartz watches relatively do not have good resale value compared to mechanical watches”, the counter staff at Cash Converter told me.

I guess this story is enough to start my blogging subject on horology. It is my true experience, the impetus that brings me deeper in getting to know about watches, chronometer, and horology. All the jargons and terminology written at the above will be further explained in my next article. Stay tune! Blogging starts ticking... tick, tick, tick

RUBIES

Wednesday, 14 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 1

Kebanyakkan daripada kita memiliki jam tangan. Tanpa mengira jenis, jenama, atau “movement”, setiap satu mempunyai teknologi yang menyebabkan jam tersebut menunjukkan masa secara tepat (atau lebih kurang tepat!). Ia bukan setakat penunjuk masa, hari, atau haribulan. Ada yang menunjukkan kitaran bulan yang lebih dikenali sebagai “moon phase”. Bahkan ada jam yang menunjukkan kalendar lengkap (complete calendar)haribulan, hari, bulan, tahun, dan tahun lompat atau “leap year”. Ada pula jam yang berfungsi sebagai skala bagi menunjukkan sesuatu kiraan mengikut waktu, contohnya “chronograph” yang mempunyai “tachymeter”, jam penyelam dengan “scuba bezel”, GMT penunjuk dua masa, dll. Bagaimana jam-jam ini berfungsi? Saya akan buat kupasan di posting akan datang. Sebagai pengetahuan am, eloklah kita mengenali sejarah teknologi jam itu sendiri. Saya ringkaskan teknologi-teknologi jam tangan yang patut kita tahu seperti berikut.


Jam Mekanikal Awal: Jam Pendulum
Manusia mula mencipta jam mekanikal sejak sekian lamanya sekitar tahun 1600. Pada tahun1657, seorang astromer berbangsa Belanda yang bernama Christiaan Huygens telah berjaya mencipta ”pendulum clock” yang menggerakkan ”gear-gear” atau ”wheels” yang pelbagai bentuk, saiz, saling berhubung dan bergerak yang akhirnya befungsi sebagai penunjuk masa yang mempunyai ”dial”, jarum, dan ”barrel”. Barrel yang dimaksudkan adalah spring halus yang melingkar bulat (spiral hair-spring) yang memacu (drive) pergerakkan gear-gear untuk membuat putaran jarum atau sukatan masa.

Idea beliau disambut baik oleh pembuat-pembuat jam di England diketuai oleh Ahasuerus Fromanteel yang merupakan orang yang pertama memiliki hakcipta untuk membuat jam menggunakan pendulum atau ladung dalam Bahasa Malaysia. Pendulum yang terhayun kiri dan kanan terpengaruh pada tarikan graviti menyebabkannya berhayun berterusan mengikut "momentum". Dalam kiraan masa, pergerakan kiri-kanan pendulum membawa kepada kiraan satu saat. Kita biasa melihat jam-jam seperti ini suatu masa dulu. Samada jam dinding, mahupun jam datuk (grandfather’s clock) ia menggunakan pendulum. Pendulum jam bergerak ke kiri dan ke kanan, namun ditransmisikan pada gear (transmission gear) yang bergerak pada satu arah yang berhubung terus dengan gear-gear yang lain sehingga memacu ”barrel”. Barrel pula akan melepaskan transmisi kepada gear-gear yang lain bagi membuat pusingan yang memenuhi sukatan masa – saat, minit, dan jam. Gear-gear ini menjadi asas kepada jam mekanikal sehingga hari ini dan gear-gear yang bersentuhan dan bergerak secara langsung antara satu sama lain dipanggil ”train wheel”. Jantung jam terletak kepada pendulum. Asasnya ialah satu detik atau saat bagi setiap pergerakan pendulum kiri dan kanan. Ini bermakna 60 hayunan penuh kiri dan kanan membawa kiraan untuk 1 minit. Jam-jam seperti ini lebih kepada sifat paparan untuk menunjukkan masa kepada ramai orang – tidak untuk individu.

Jam Mekanikal Persendirian: Jam Spring
Pada tahun 1511 jam persendirian, atau ”personal timepince” telah dicipta oleh seorang tukang kunci (locksmith) berbangsa German yang bernama Peter Henlein. Ia menggunakan ”coiled spring” dan ”train of gears” yang lebih kecil yang mana asasnya adalah sama pada jam mekanikal awal pendulum. Ia digelar ”Nuremberg Egg” kerana saiznya yang kecil. Ciptaan beliau telah membawa kepada revolusi penciptaan jam di segenap Eropah. Ia menarik minat ramai pakar pembuat jam untuk meneruskan idea beliau terutamanya dari Perancis dan German. Kebetulan pada ketika itu berlaku penindasan agama di Eropah. Ramai pakar pembuat jam berbangsa Yahudi terutamanya dari Perancis dan German telah berhijrah ke ”Free City” Geneva, Switzerland. Sejak dari itu sehingga kini negara Switzerland atau Swiss dikenali di seluruh dunia dengan hasil penciptaan dan pembuatan jam-jamnya.

Jam Mekanikal Persendirian: Lever Escapement
Pada tahun 1759, Thomas Mudge dari England telah mencipta ”bracket clock” yang menggunakan ”anchor escapement” dan seterusnya mencipta ”balance spring” yang juga menjadi asas kepada jam-jam di zaman moden. Anchor escapement merupakan gear yang mempunyai gigi seperti sauh yang memacu pergerakan pada satu arah bagi menentukan pergerakan jarum kiraan saat. Balance spring yang kemudiannya dikenali sebagai ”balance wheel” memacu pergerakan kiri-kanan mengantikan pendulum. Kedua-dua alat ini berhubung antara satu sama lain dan lebih dikenali sebagai ”lever escapement”. Buka jam anda, samada jam antik, vintage ataupun moden, semua jam mekanikal pasti mempunyai lever escapement. Jam ciptaan Mudge yang merupakan seorang tukang kunci yang seperti mangga (padlock) pintu itu telah merealisasikan penciptaan jam poket yang bersaiz kecil yang mana akhirnya menjadi jam tangan.

Jam Mekanikal: Ruby dan Jewels
Pada awal penciptaan jam mekanikal, setiap gear atau ”train wheels” pada jam mekanikal bergerak di atas paksi atau ”pivot” dan menggunakan bebola besi atau ”ball bearing”. Lama-lama, ia akan kehausan dan menyebabkan jam hilang ketepatan pergerakan pusingannya. Seorang pembuat jam Swiss yang tinggal di England telah menukar ball bearing kepada penggunaan batu permata – ”ruby” atau delima. Batu permata yang dibentuk halus berbentuk seperti piring dipasang di kedua belah hujung pivot untuk mengekalkan pergerakan train wheel tanpa kehausan pada batng pivot yang diperbuat dari logam untuk jangkamasa panjang. Kebanyakkan jam-jam antik poket atau jam tangan mempunyai ruby, seperti 17 rubies. Di awal 1960an, dengan terciptanya penciptaan bahan synthetic, ruby tiruan telah digunakan untuk menghaluskan pergerakan pivot yang lama kelamaan dikenali sebagai ”jewels”, contohnya 17 jewels. Jewels yang berbentuk seperti mangkuk di isi dengan minyak atau ”oil” bagi memastikan pergerakkan pivot yang lebih ”efficient” seperti minyak pelincir. Setiap kali jam tangan kita diservis, ”oiling” akan dibuat untuk memastikan hujung pivot tidak haus dan pergerakkan train wheel berjalan baik untuk memberi ketepatan masa.

Pivot pada Gear dan penggunaan Jewel

Jam Mekanikal: Self-winding dan Shock Protection System
Jam "self-winding" atau kini dikenali sebagai jam "automatic" mula dicipta oleh Abraham-Louis Breguet (1747-1823). Idea beliau telah diguna oleh Abraham-Louis Perrelet sekitar tahun 1770. Kedua-dua nama ini adalah merupakan jenama jam elit Switzerland yang wujud sehingga hari ini – Breguet dan Perrelet. Idea yang wujud adalah menggunakan pendulum kecil yang berbetuk separuh piring yang kini lebih dikenali sebagai “rotor” untuk memacu barrel pada jam. Pergerakan rotor yang sentiasa bergerak memusing kiri dan kanan mengikut gerak jam pada jam poket atau pergerakkan pergelangan tangan membolehkan jam dikuasakan atau dikunci (memacu barrel) secara automatik. Jam tangan automatik anda menggunakan asas teknologi yang sama! Dalam pada itu, balance wheel yang terdedah kepada hentakkan (atau "shock") pada jam (atau jam terjatuh) dilindungi dengan penciptaan “shock protection”. Lihat pada dial jam-jam tangan vintage, anda akan temui perkataan “anti-shock” atau “shock-protection” pada dial jam. Teknologi ini membolehkan pivot pada balance wheel yang sentiasa berputar tidak terganggu oleh hentakkan atau “shock” – seperti “absrober”. Breguet memanggil alatan anti-hentakan ini sebagai “Parechute” dan terdapat didalam model elit keluaran syarikat tersebut yang terkini.

Jam moden, mempunyai asas mekanikal yang sama

Jam Mekanikal: Tourbillon dan Adjustment
Dalam pada terciptanya teknologi “shock protection”, pakar pembuat jam mulai mengenalpasti kesan tarikan graviti (gravitation effect) pada balance wheel. Setiap kali jam bergerak di pelbagai kedudukan, balance wheel akan yang sentiasa bergerak akan pasti dipengaruhi graviti maka ketepatannya akan berubah. Jika anda mahu menguji, letak jam tangan mekanikal anda diberlainan kedudukan:
(1) muka jam menghadap atas atau “dial-up”,
(2) muka jam menghadap ke bawah atau “dial-down”,
(3) crown jam menghadap atas atau “crown-up”,
(4) crown jam menghadap bawah atau “crown-down”, dan
(5) jam digantung (crown kiri-kanan)
pasti ketepatan masa jam anda akan berlainan. Ini adalah kesan graviti. Teknik pengujian ini digunakan untuk “adjustment” ketepatan movement jam. Maka itu kita akan temui perkataan “adjusted in 5 positions” di ukir atau “engraved” pada movement jam. Ia bermakna jam telah diperhalusi ketepatannya atau “adjusted” mengikut 5 posisi tersebut. Ada pula tambahan yang di buat dimana movement jam diadjust pada suhu panas dan dingin (heat and cold). Jam-jam yang dihalusi ketepatan pada semua keadaan ini biasanya adalah jam-jam yang mahal harganya.

Untuk membolehkan balance wheel stabil pada tarikan graviti, Abraham-Louis Breguet telah mencipta “tourbillon” (sebut: teur byon!). Ia membolehkan balance-wheel bergerak mengikut paksi (atau “axis”) yang berkedudukan mendatar terhadap graviti pada setiap kedudukan jam. Ini mengurangkan kesan graviti dan melancarkan pergerakkan jam menjadi lebih tepat. Jam-jam tangan yang menggunakan alatan tourbillon ada sehingga hari ini dan hanya berberapa pembuat jam sahaja yang mampun mengeluarkannya, seperti jenama Breguet, Perrelet, Blancpain, Patek Philippe, A. Lange & Sohne,  dll. Harganya juga mencecah ratusan ribu dan ada yang melebihi 1 juta ringgit! Kepada pengumpul jam tangan yang inginkan jam yang berketepatan tinggi (high accuracy timepiece), jam tourbillon pasti menjadi idaman. Mampu? "Lu beli lah, lu kaya! Kalau aku pakai jam tourbillon ni, sure nampak je macam serupa, tapi jam Petaling Street... ha ha ha. Malu babe! Kalau pakai jam tourbillon tipu nih. Nampak cantekkk... tapi pada dasarnya harga jam asli dia mahal. Takpe, asal aku suka dan cantik di mata...". kata peminat jam-jam PS boutique.  

biasan

andai ku punyai keberanian . tentu aku akan terus memusuhi bias pada cermin kaca.yang terus mengekori sepanjang perjalanan yang sepi.di pentas kepuraan manusia terus menjadi kura-kura yang menyembunyikan ekornya

Sunday, October 17, 2010

bulann....enggan berbicara dengan aku lagi.mungkin aku pernah mungkir janji.pernah suatu ketika aku aku berjanji untuk membawa sang bulan ke istana kaca.tapi apa nak buat batu besar telah menimpa kakiku.alhamdulillah masih hidup.sebab tu aku kata kat bulan,engkau pergi sendirilah.kaki aku sakit.
ini masih aku.dah bertukar warna.sebab aku gunakan syampoo simply siti.dapat percuma
Ini saya......kau bukan tak tau.aku panas punggung ni.kau boleh la....tengok bukannya nak tolong.akhir aku terbakar rentung.tapi masih terus bernyawa di alam nyawa ini.
malam ni.malam sabtu.aku mengantuk sangat.jadi aku terbang untuk mencari damai bersama kunang-kunang emas.damai dan rindu terkenangkan ketupat masakan ibuku sambil ayahku membakar ayam panggang

peperiksaan yang terpaksa

hidup penuh dengan peperiksaan.aku sekali lagi menjadi tikus yang tergigit batu.kekunang yang hilang cahaya.tapi bintang kejora terus berkerdipan

kunang kunag

aku adalah kunang kunang malam yang malang.ingin terbang ke kejora tapi bimbang tak kesampaian.entah siapa yang akan membaca blok aku ni.cuma aku ingin terus bersinar menyinari insan insan yang memerlukan kehadiran ku.biar aku kelemasan